Hari ni birthday Kak Pia. Atau lebih tepat lagi nama penuhnya Kak Sapiah Ali. Kakak ini aku kenal ketika sama-sama menjadi krew program-program anjuran Richworks @ Dr. Azizan Osman. Saya ingin mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-39 Kak Pia!
Lama betul 'Aqil tidur malam tadi. Dari pukul 7 malam membawa ke 7 pagi ini. Sehinggakan masa Papa angkat dia naik atas pun dia tak sedar. Pampers pun tak tukar. Pagi ni, sebaik sahaja dia jaga tukarkan dulu pampers biar dia selesa.
Cuaca hari ni mendung je dari pagi bawa ke petang. Hujan sekejap-sekejap di tengahari dan petang hari. Membuatkan 'Aqil semakin susah untuk diajak mandi. Akhirnya hari ni 'Aqil mandi pukul 5 petang itupun sebab dia berak. Kira macam mandi terpaksalah.
Hari ni mula membaca info-info berkenaan bisnes VeMMA semula. Aku akan teruskan perjuanganku bersama VeMMA. Aku mahu mencapai impianku bersama VeMMA. Tak kira apa yang berlaku, apa orang nak cakap aku akan jadi katak yang pekak.
"Ya Allah... Engkau Maha Kaya, Kau bantulah dan Kau permudahkanlah segala urusanku"
Rezeki tidak disangka hari ni: suamiku balik dari bekerja dengan membawa sebungkus besar air tebu. Syukur, atas nikmat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan