Jumaat, 5 April 2013

Ego Seorang Lelaki

Egonya kamu... aaarrrggghhhh, pagi-pagi dah tacing. Kenapalah susah sangat nak mintak maaf. Kalau kesalahan dipihak saya, saya mohon maaf. Mengalah bukan bererti bersalah. Mengalah demi menjaga hubungan yang telah terbina sejak 6 tahun yang lalu.

10.35 pagi, bujang kecik saya masih lagi beradu. Entah apa tonik yang diminumnya membuatkannya bertahan. Malam tadi tidur pukul 12.45 tengah malam. Itupun selepas takde sape nak layan dia main dah. Siang harinya tak tidur. Hebat anak mama ni.

Candy Crush bila nak naik level ni? Sangkut kat level 65 dekat sebulan dah. Adoi.... tolonglah kasi saya menang. Naik bosan dah menghadap level tu je. Semangat tidak mengalah ni lah yang saya akan bawa dalam bisnes saya. 

Adusssss.... hampir berjaya tadi. Takpe... takpe... cuba lagi. Takde keje ke apa kau ni Jimah? Asal ada nyawa sikit... main. Asal ada nyawa sikit... main. Tu lah keje aku sebagai professional suri rumah tangga.

Alhamdulillah.... 8.27 malam, khatam Al-Quran. Azam tahun ni nak khatam Al-Quran sebanyak 5 kali. Ya Allah, Kau permudahkanlah usahaku. Sekurang-kurangnya aku telah melaksanakan hak Al-Quran pada tahun ni. Terharu dan sebak.....

Hahaha.... akhirnya 10.47 malam nail level jugak. Tu lah hasilnya kalau tak mengenal erti mengalah. Berjaya akhirnya. Sudah boleh tidur dengan tersenyum malam ni. Kawan-kawan seangkatan tolong saya untuk unlock ke level seterusnya.





Rabu, 6 Februari 2013

Hari Lahir Saya.....

05-02-1978..... 35 tahun yang lalu, pada tarikh ini saya melihat dunia. Terima kasih Allah mengizinkan saya melihat dunia. Terima kasih Mak mengandungkan saya, membawa saya selama 9 bulan 10 hari kemana sahaja tanpa keluh kesah. Terima kasih Ayah, Mak, Along dan Abang-abang yang bersusah-payah menjaga, membesarkan dan menyekolah saya sehingga saya mempunyai keluarga sendiri sekarang. Syukur ke hadrat Allah kerana terus memberikan udara untuk aku terus bernafas dimuka bumi ini.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang dikenali mahupun yang tidak dikenali yang menghantarkan ucapan dan doa di Facebook dan telefon bimbit. Masih ramai lagi rupanya yang sudi berkawan denganku walaupun satu ketika dulu aku pernah di'block' oleh seorang sahabat. Itu cerita lama yang harus dilupakan dan ditinggalkan.

Teringat pada 'surprise' yang dibuat oleh seorang sahabat yang bernama Aneem pada tahun 2009. Memang betul-betul 'surprise'. Walaupun dia melakukannya seorang diri tapi 'surprise'nya tetap menjadi. Ini bermakna, nak buat surprise tak perlu ramai-ramai. Sorang-sorang pun boleh. Rindunya saat itu dan rindunya pada si montel itu. Montel kini jauh di Ipoh, Perak.

Aku agak rapat dengan Aneem ni. Walaupun tidak selalu berhubung samada melalui telefon, SMS atau apa sahaja cara komunikasi yang ada, tapi aku tau semua cerita sulitnya, rahsia-rahsia peribadinya dan perkembangan terkini dirinya. Aku pernah menjadi sebahagian dari keluarganya bilamana aku menumpang tinggal dirumahnya di Port Dickson hampir 2 minggu sebelum aku mendapat kerja lain walaupun ketika itu Aneem tiada dirumah kerana meneruskan pengajiannya di UiTM Melaka. Selama 2 minggu itulah aku mandi, makan, tidur dirumahnya. Menumpang ayahnya ke sekolah setiap pagi dan petang. Aku doakan semoga keluarganya sentiasa berada dibawah lindungan Allah.

Impian hari ini :  Mahu membalas setiap ucapan yang diterima sebelum 11.59 malam ini sebagai tanda terima kasih.

Rezeki tidak disangka hari ini :  Adikku, Shila belanja makan Kenny Rogers



Isnin, 4 Februari 2013

Birthday Kak Sapiah Ali

Hari ni birthday Kak Pia. Atau lebih tepat lagi nama penuhnya Kak Sapiah Ali. Kakak ini aku kenal ketika sama-sama menjadi krew program-program anjuran Richworks @ Dr. Azizan Osman. Saya ingin mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-39 Kak Pia!

Lama betul 'Aqil tidur malam tadi. Dari pukul 7 malam membawa ke 7 pagi ini. Sehinggakan masa Papa angkat dia naik atas pun dia tak sedar. Pampers pun tak tukar. Pagi ni, sebaik sahaja dia jaga tukarkan dulu pampers biar dia selesa.

Cuaca hari ni mendung je dari pagi bawa ke petang. Hujan sekejap-sekejap di tengahari dan petang hari. Membuatkan 'Aqil semakin susah untuk diajak mandi. Akhirnya hari ni 'Aqil mandi pukul 5 petang itupun sebab dia berak. Kira macam mandi terpaksalah.

Hari ni mula membaca info-info berkenaan bisnes VeMMA semula. Aku akan teruskan perjuanganku bersama VeMMA. Aku mahu mencapai impianku bersama VeMMA. Tak kira apa yang berlaku, apa orang nak cakap aku akan jadi katak yang pekak.

"Ya Allah... Engkau Maha Kaya, Kau bantulah dan Kau permudahkanlah segala urusanku"

Rezeki tidak disangka hari ni:  suamiku balik dari bekerja dengan membawa sebungkus besar air tebu. Syukur, atas nikmat itu.