Ahad, 30 Disember 2012

Permulaan yang baik

29-12-12, jam 5.38 petang... alhamdulillah, khatam al-quran. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2013. Matlamat untuk tahun 2013 ingin khatam al-quran sebanyak 5 kali. Harap-harap dapat capai impian tersebut.

Cara untuk mencapainya dengan membaca al-quran setiap kali lepas solat. Setakat hari ini, masih bertahan dan dapat membacanya setiap kali usai solat. Semoga terus diberi kekuatan untuk melakukannya.

Hari demi hari melihat 'Aqil membesar merupakan satu saat yang indah. Walaupun masih belum mampu untuk bercakap dengan betul, tapi sudah boleh menyebut Yaasin. Mungkin agaknya hari-hari melihat bacaan-bacaan zikir di Astro Oasis dan melihat aku membaca al-quran. 

Harapan untuk melihat 'Aqil dapat bercakap sebelum berumur 4 tahun harap menjadi kenyataan. Dan saat catatan ini ditulis, 'Aqil sedang menonton bacaan zikir di Astro Oasis. Selamat menonton untuk 'Aqil El Hazim bin El Hafidz.

Jumaat, 9 November 2012

Apa Yang Menarik Tentang VeMMA

Rasanya ramai dah tahu kan saya buat bisnes VeMMA. Kali ini, saya akan terangkan berkenaan dengan VeMMA. Mungkin ramai yang masih konfius dan blur lagi bukan? VeMMA adalah sebuah perniagaan berkonsepkan MVM dan ianya sah serta mempunyai lesen AJL. Ianya ditubuhkan sejak 17 tahun yang lalu di USA dan kini mempunyai cawangan di 60 buah negara termasuk Malaysia, Singapore, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara.

Kenapa saya join VeMMA?

Tentu ada sesuatu yang menarik, kan, yang membuatkan saya join VeMMA... inilah rahsianya.

Melakukan perniagaan VeMMA agak mudah kerana ianya dilakukan 100% secara online. Anda disediakan satu sistem yang canggih iaitu autoresponder yang membolehkan anda mendapat downline dari seluruh dunia. Sistem ini bekerja 24 jam untuk kita walaupun kita sedang tidur atau berehat.

Laman web VeMMA yang dilengkapi dengan sistem autoresponder yang canggih ini akan membantu kita follow up prospek dengan mudah dan membantu mengembangkan rangkaian kita.

Produk VeMMA adalah jus nutrisi manggis yang kaya dengan antioksida. Ianya dicipta dengan kulit manggis dan 350,000 pakar dan saintis mengakui kulit manggis adalah antioksida yang paling berkesan untuk merawat kanser dan penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, jantung dan sebagainya. Jus nutrisi VeMMA bukan sekadar jus biasa... ianya juga dicampurkan dengan 25% Aloe Vera dan Teh Hijau.

Adakah kita perlu menjual jus nutrisi manggis tu? Tidak! Anda tak perlu... tetapi jika anda suka menjual, itu tiada masalah...

Dalam VeMMA, anda berpeluang mendapat limpahan downline daripada upline. Anda hanya perlu membuka dua kaki, 1 kiri dan 1 kanan... kaki kanan, upline akan bantu... akan diberikan anda downline. Dan anda hanya perlu fokus pada kaki kiri sahaja...

Sebab itulah anda sentiasa mendapat email daripada VeMMA yang menyatakan ada orang join bawah anda... kerana ia adalah limpahan dari upline... seronok tak dapat duit PERCUMA?

Dalam VeMMA, kita berpeluang mendapat sehingga 10 bonus. Bonusnya sangat menarik dan anda berpeluang mendapat sehingga RM 133,000 seminggu. Dan bonus anda dibayar secara mingguan. SETIAP MINGGU bukannya bulanan, ye!

Inilah yang menyebabkan saya sangat tertarik dengan VeMMA!

Rabu, 11 April 2012

Formula mengelak penipuan SCAM - "NO SCAM!"

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:
 -  meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
 -   membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
 -  tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

    N bermaksud: NAME.

NAME... Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

    O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE... Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

    S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

    C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

    A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

    M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. Tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah kita semua ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

    N - NAME
    O - OVER PROMISE
    S - SEARCH
    C - CONTACT
    A - ASK
    M - MAKE SURE!



Artikel asal oleh :   Dr. Irfan Khairi

Isnin, 2 April 2012

Advanced Marketing Power 2012

3 hari berada di Wisma MCA, Kuala Lumpur menghadiri program Intensive Advanced Marketing Power 2012 oleh Dr. Azizan Osman memberi satu pengalaman yang sangat-sangat mengujakan. Walaupun hari pertama bermula agak lewat disebabkan hujan dan kebanyakan peserta datang lewat, tetapi program tetap berlangsung dengan penuh energy daripada peserta-peserta yang hadir. 

Hari pertama diperkenalkan dengan konsep marketing p.o.w.e.r, cara memperkenalkan diri, bisnes goal dan banyak lagi. Malamnya, ada gala dinner dan sessi perkongsian kejayaan bersama 14 orang anak didik Dr. Azizan yang telah dilahirkan menerusi program ini.

Di sepanjang program ini, belajar terlalu banyak strategi-strategi pemasaran yang mudah dan murah yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Terlalu banyak idea-idea baru muncul secara spontan sepanjang program. Tetapi, apa yang penting, untuk kejayaan sesuatu perniagaan ialah KUASA BERTINDAK. Tanpa kuasa bertindak, gunalah atok nenek strategi pun bisnes anda tak jadi apa.

"Fast Action, Fast Result"

Perkongsian daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing di Richworks juga sangat-sangat membantu. Pelbagai pakej telah disediakan untuk peserta bagi memantapkan lagi bisnes yang sedia ada dan membantu bisnes yang baru hendak bermula. Kehadiran tetamu yang diundang khas seperti Abang Abu mekanik wang, Afdlin Shauki dan En. Ishak dari ETSI berkongsi tips-tips mereka antara sessi yang menarik.

Kesimpulannya, 3 hari mengikuti program ini rasa seperti tidak cukup. Strategi serta tips yang diberikan amat-amat membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan masing-masing. 

Bagi anda yang belum lagi mengikuti mana-mana program Dr. Azizan, saya sarankan anda datang dan rasai sendiri pengalaman itu.....

Jumpa anda lagi..... babai!