Isnin, 2 April 2012

Advanced Marketing Power 2012

3 hari berada di Wisma MCA, Kuala Lumpur menghadiri program Intensive Advanced Marketing Power 2012 oleh Dr. Azizan Osman memberi satu pengalaman yang sangat-sangat mengujakan. Walaupun hari pertama bermula agak lewat disebabkan hujan dan kebanyakan peserta datang lewat, tetapi program tetap berlangsung dengan penuh energy daripada peserta-peserta yang hadir. 

Hari pertama diperkenalkan dengan konsep marketing p.o.w.e.r, cara memperkenalkan diri, bisnes goal dan banyak lagi. Malamnya, ada gala dinner dan sessi perkongsian kejayaan bersama 14 orang anak didik Dr. Azizan yang telah dilahirkan menerusi program ini.

Di sepanjang program ini, belajar terlalu banyak strategi-strategi pemasaran yang mudah dan murah yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Terlalu banyak idea-idea baru muncul secara spontan sepanjang program. Tetapi, apa yang penting, untuk kejayaan sesuatu perniagaan ialah KUASA BERTINDAK. Tanpa kuasa bertindak, gunalah atok nenek strategi pun bisnes anda tak jadi apa.

"Fast Action, Fast Result"

Perkongsian daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing di Richworks juga sangat-sangat membantu. Pelbagai pakej telah disediakan untuk peserta bagi memantapkan lagi bisnes yang sedia ada dan membantu bisnes yang baru hendak bermula. Kehadiran tetamu yang diundang khas seperti Abang Abu mekanik wang, Afdlin Shauki dan En. Ishak dari ETSI berkongsi tips-tips mereka antara sessi yang menarik.

Kesimpulannya, 3 hari mengikuti program ini rasa seperti tidak cukup. Strategi serta tips yang diberikan amat-amat membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan masing-masing. 

Bagi anda yang belum lagi mengikuti mana-mana program Dr. Azizan, saya sarankan anda datang dan rasai sendiri pengalaman itu.....

Jumpa anda lagi..... babai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan