Isnin, 16 Mei 2011

Malam Jalinan Silaturrahim

Fuhhh... best! Pada 14-05-11 yang lepas, bertempat di Restaurant Kunang-Kunang telah berlangsung Malam Jalinan Silaturrahim anjuran Sutraz RME Sdn Bhd. Majlis yang sempoi tapi penuh dengan pengisian. Tempat yang happening. Ada live band dari Kumpulan Skynet. Nyanyi lagu best-best. MC juga menghiburkan.

Terima kasih kepada rakan sekolah menengah, SALMAH ISMAIL dan suami, Shamsul Ashikin kerana memberi peluang kepada suami saya untuk bekerja di syarikat mereka, Sutraz RME Sdn Bhd. Maka dengan itu dapatlah saya makan free dan sedap pada malam itu.

Menu memang sedap. Sesuailah dengan tekak orang melayu kita. Bila terpandang je lauk daging salai tu, dah kecur lidah dah. Satay ada, kambing golek ada. Tapi kata en. suami, kambing golek dia kurang sikit. Sedap lagi yang Perfect Agro punya.

Jemputan pun ramai yang hadir. Penuhlah Kunang-Kunang malam tadi. 'Aqil pun dapat ramai kawan. Berlari sana berlari sini. Live band pun okay. Banyak nyanyi lagu. MC pun hebat. Cakap tak behenti. Ada je celoteh dia. Itulah dia En. Shah, Pengurus Projek kawasan KL Timur.

Hadiah pun banyak. Dapat tabung bentuk rumah kecik dan buku kecik bersama pen kecik. Boleh simpan duit banyak-banyak dalam tabung. Ada cabutan bertuah, pekerja terbaik mengikut kawasan dan hadiah peribadi daripada En. Shikin (mampos aku kalau acoi tau aku panggil dia En. Shikin ni) kepada En. Shah dan En. Zakbah yang banyak membantu beliau. Tahun depan mungkin boleh tambah hadiah untuk budak-budak DISCO. yang buat potong dan sambung terbanyak. Ini cuma cadangan sahaja.

Oh ya... tak ketinggalan ada sambutan hari lahir untuk yang lahir pada bulan Mei. Ada kek besar. Tapi kemana ye dan kepada siapa ye kek itu diagihkan? hahaha... sebab aku tak rasa kek tu. Itu sebab aku tanya. Uwaaaaaaaaaaa..... rugi tak dapat makan kek besar.

Overall, memang berjaya majlis pada malam itu. Walaupun pertama kali diadakan tapi cukup menghiburkan. Syabas kepada semua yang terlibat. Tahun depan boleh buat lagi...

Sebelum makan (sibuk je orang belakang pakai baju hitam tu interprem)

Jumaat, 29 April 2011

turun lagi???

syukur... alhamdulillah.


semalam appointment ngan Dr. Norshinah lagi. berat masih lagi maintain. tak naik tak turun. bacaan gula dalam darah semakin turun. bacaan semalam 12.3, walaupun masih tinggi lagi tapi telah menunjukkan penurunan yang ketara.


mungkin juga penggunaan jus vemma ini sangat-sangat membantu. baru minum 3 botol. insyaallah, akan continue minum. sape-sape yang tak berapa nak sihat tu, saya syorkan minumlah jus vemma ini. memang terbaikkkk.....


untuk membuat pesanan atau ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang produk ini boleh tengok dan daftar di website saya


http://www.pendapatandirumah.com/kerjaonline.html


silalah daftar beramai-ramai dan menjadi paid member dibawah saya.....

Khamis, 31 Mac 2011

amazing???

30-03-2011, hari rabu, jam 4.30 petang appointment ngan Dr. Norshinah di Klinik Pakar Annur, Bangi. Dr. Norshinah ni pakar kencing manis aku. Lepas bersalin hari tu, check2 ada lagi kencing manis tu. So, Dr. Fatimah refer ke Dr. Noshinah untuk treatment. Dr. Fatimah suruh rehat setahun bagi kencing manis tu betul2 stabil.

Tapi petang tu pegi lambat sikit pasal papa ada meeting. Pukul 4.45 petang baru gerak dari rumah. suka2 aku je kan. macam klinik sendiri aku buat. takpelah, aku bayar jugak perkhidmatan yang aku dapat kat sana. on the way nak ke hospital tu, staff Dr. Norshinah call tanya jadi datang ke tak? pasal doktor nak cepat balik. Fuhhh.... nasib baik sampai sana doktor ada lagi. jumpa doktor pun kejap jer. doktor cuma 'up'kan dos ubat. 5 bijik sehari kena makan.

result hari ni betul2 memeranjatkan. bukanlah bacaan bawah 10, tapi ada penurunan dari semalam. semalam masa check pukul 6 petang nak tau berapa result dia? paling tinggi pernah dicatatkan 27.9.... tapi bila check tadi cuma 17.9... banyak turun tu!

Apakah faktor yang mendorong penurunan itu? adakah jus manggis vemma? sama2 kita nantikan perkembangan yang seterusnya. kalau terbukti memang jus manggis vemma ini berkesan, saya syorkan pada anda semua belilah jus manggis vemma ini. disamping kita bertambah sihat, kita juga boleh mendapat income sampingan.

sila klik pada link ini untuk maklumat lanjut:
http://mamakaya.blinkweb.com

tak susah, cuma daftar dulu disitu, kemudian jadi member berbayar dan anda akan mendapat info-info seterusnya.

bersama kita menuju ke arah kesihatan yang berkekalan...

Sabtu, 19 Mac 2011

gara-gara 'aqil

ni semua 'aqil punya pasal. tak pasal-pasal jauhnya pegi beli barang dapur. asalnya nak ke jusco ioi saje. tapi belum sampai ioi lagi 'aqil dah lelap. kenyang sangat agaknya makan cekodok ikan bilis pagi tadi. abis kalau 'aqil dah tido camne nak kluar shopping? papa tanya nak pegi mana ni? perut dah lapar....

papa suruh carik tempat yang jauh sikit. biar bagi 'aqil tido lama sikit. last-last aku ajak papa pegi jusco cheras selatan. hari tu pegi tak sempat explore lagi tempat tu. pegi sekejap je sekadar mengisi masa terluang. hari ni memang puas berjalan. sampai dalam pukul 2.30 petang sampailah pukul 6 petang berjalan dalam tu. 

masuk kereta aku dah melepet dah. tak larat. bila sampai je umah boleh terlelap sekejap. punyalah penat tapi best dapat berjalan....

Jumaat, 18 Mac 2011

assalamualaikum....

akhirnya... tercipta jugak blog aku. entahkan rajin entahkan tidaklah aku mengupdate blog aku ni nanti. nantikan sahaja post-post yang seterusnya...

jumpa lagi!