Ahad, 30 Disember 2012

Permulaan yang baik

29-12-12, jam 5.38 petang... alhamdulillah, khatam al-quran. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2013. Matlamat untuk tahun 2013 ingin khatam al-quran sebanyak 5 kali. Harap-harap dapat capai impian tersebut.

Cara untuk mencapainya dengan membaca al-quran setiap kali lepas solat. Setakat hari ini, masih bertahan dan dapat membacanya setiap kali usai solat. Semoga terus diberi kekuatan untuk melakukannya.

Hari demi hari melihat 'Aqil membesar merupakan satu saat yang indah. Walaupun masih belum mampu untuk bercakap dengan betul, tapi sudah boleh menyebut Yaasin. Mungkin agaknya hari-hari melihat bacaan-bacaan zikir di Astro Oasis dan melihat aku membaca al-quran. 

Harapan untuk melihat 'Aqil dapat bercakap sebelum berumur 4 tahun harap menjadi kenyataan. Dan saat catatan ini ditulis, 'Aqil sedang menonton bacaan zikir di Astro Oasis. Selamat menonton untuk 'Aqil El Hazim bin El Hafidz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan