Rabu, 6 Februari 2013

Hari Lahir Saya.....

05-02-1978..... 35 tahun yang lalu, pada tarikh ini saya melihat dunia. Terima kasih Allah mengizinkan saya melihat dunia. Terima kasih Mak mengandungkan saya, membawa saya selama 9 bulan 10 hari kemana sahaja tanpa keluh kesah. Terima kasih Ayah, Mak, Along dan Abang-abang yang bersusah-payah menjaga, membesarkan dan menyekolah saya sehingga saya mempunyai keluarga sendiri sekarang. Syukur ke hadrat Allah kerana terus memberikan udara untuk aku terus bernafas dimuka bumi ini.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang dikenali mahupun yang tidak dikenali yang menghantarkan ucapan dan doa di Facebook dan telefon bimbit. Masih ramai lagi rupanya yang sudi berkawan denganku walaupun satu ketika dulu aku pernah di'block' oleh seorang sahabat. Itu cerita lama yang harus dilupakan dan ditinggalkan.

Teringat pada 'surprise' yang dibuat oleh seorang sahabat yang bernama Aneem pada tahun 2009. Memang betul-betul 'surprise'. Walaupun dia melakukannya seorang diri tapi 'surprise'nya tetap menjadi. Ini bermakna, nak buat surprise tak perlu ramai-ramai. Sorang-sorang pun boleh. Rindunya saat itu dan rindunya pada si montel itu. Montel kini jauh di Ipoh, Perak.

Aku agak rapat dengan Aneem ni. Walaupun tidak selalu berhubung samada melalui telefon, SMS atau apa sahaja cara komunikasi yang ada, tapi aku tau semua cerita sulitnya, rahsia-rahsia peribadinya dan perkembangan terkini dirinya. Aku pernah menjadi sebahagian dari keluarganya bilamana aku menumpang tinggal dirumahnya di Port Dickson hampir 2 minggu sebelum aku mendapat kerja lain walaupun ketika itu Aneem tiada dirumah kerana meneruskan pengajiannya di UiTM Melaka. Selama 2 minggu itulah aku mandi, makan, tidur dirumahnya. Menumpang ayahnya ke sekolah setiap pagi dan petang. Aku doakan semoga keluarganya sentiasa berada dibawah lindungan Allah.

Impian hari ini :  Mahu membalas setiap ucapan yang diterima sebelum 11.59 malam ini sebagai tanda terima kasih.

Rezeki tidak disangka hari ini :  Adikku, Shila belanja makan Kenny Rogers



Tiada ulasan:

Catat Ulasan