Fuhhh... best! Pada 14-05-11 yang lepas, bertempat di Restaurant Kunang-Kunang telah berlangsung Malam Jalinan Silaturrahim anjuran Sutraz RME Sdn Bhd. Majlis yang sempoi tapi penuh dengan pengisian. Tempat yang happening. Ada live band dari Kumpulan Skynet. Nyanyi lagu best-best. MC juga menghiburkan.
Terima kasih kepada rakan sekolah menengah, SALMAH ISMAIL dan suami, Shamsul Ashikin kerana memberi peluang kepada suami saya untuk bekerja di syarikat mereka, Sutraz RME Sdn Bhd. Maka dengan itu dapatlah saya makan free dan sedap pada malam itu.
Menu memang sedap. Sesuailah dengan tekak orang melayu kita. Bila terpandang je lauk daging salai tu, dah kecur lidah dah. Satay ada, kambing golek ada. Tapi kata en. suami, kambing golek dia kurang sikit. Sedap lagi yang Perfect Agro punya.
Jemputan pun ramai yang hadir. Penuhlah Kunang-Kunang malam tadi. 'Aqil pun dapat ramai kawan. Berlari sana berlari sini. Live band pun okay. Banyak nyanyi lagu. MC pun hebat. Cakap tak behenti. Ada je celoteh dia. Itulah dia En. Shah, Pengurus Projek kawasan KL Timur.
Hadiah pun banyak. Dapat tabung bentuk rumah kecik dan buku kecik bersama pen kecik. Boleh simpan duit banyak-banyak dalam tabung. Ada cabutan bertuah, pekerja terbaik mengikut kawasan dan hadiah peribadi daripada En. Shikin (mampos aku kalau acoi tau aku panggil dia En. Shikin ni) kepada En. Shah dan En. Zakbah yang banyak membantu beliau. Tahun depan mungkin boleh tambah hadiah untuk budak-budak DISCO. yang buat potong dan sambung terbanyak. Ini cuma cadangan sahaja.
Oh ya... tak ketinggalan ada sambutan hari lahir untuk yang lahir pada bulan Mei. Ada kek besar. Tapi kemana ye dan kepada siapa ye kek itu diagihkan? hahaha... sebab aku tak rasa kek tu. Itu sebab aku tanya. Uwaaaaaaaaaaa..... rugi tak dapat makan kek besar.
Overall, memang berjaya majlis pada malam itu. Walaupun pertama kali diadakan tapi cukup menghiburkan. Syabas kepada semua yang terlibat. Tahun depan boleh buat lagi...
Sebelum makan (sibuk je orang belakang pakai baju hitam tu interprem)
Baju hitam tu sape?
BalasPadam